Reka bentuk logo untuk Identiti Korporat
Perkara asas yang perlu diberikan keutamaan terhadap reka bentuk logo Korporat dan ia perlu bersesuaian untuk diletakkan pada pelbagai medium pengiklanan tidak kira sama ada secara online atau bercetak seperti sampul surat, letterhead, name card, uniform dan pelbagai lagi medium yang dapat membantu untuk memberikan indentiti kepada sesebuah syarikat tersebut .
Antara kriteria yang perlu pada sesebuah logo Korporat adalah :
konsep atau terma yang sesuai dengan perniagaan yang dijalankan.
Warna yang sesuai dan dapat memberikan perhatian kepada logo tersebut dan mudah untuk diingati.
Pemilihan warna yang bersesuaian amat penting dalam menghasilkan sebuah logo yang terbaik dan mudah mendapat perhatian. Antara warna yang sering digunakan untuk Reka bentuk logo korporat adalah merah, Merah Jambu dan hijau.
Warna warna tersebut dapat memberikan impak yang besar dalam penghasilan sesebuah logo.
Reka bentuk logo terbahagi kepada beberapa jenis dan diantaranya adalah :
Logo yang menggunakan Font atau bentuk tulisan sahaja.
Logo yang menggunakan Icon sahaja
Logo yang menggunakan tulisan dan Icon dalam sesebuah logo.