Adobe Photoshop & Adobe Illustrator ~ Khairul.Design69

Wednesday 9 April 2014

Adobe Photoshop & Adobe Illustrator



Adobe Photoshop
Adobe Photoshop diprogramkan adalah untuk kerja editing gambar dan retouching. Adobe Photoshop lebih sesuai untuk kerja kerja menyunting gambar ini adalah kerana Adobe Photoshop adalah satu perisian yang amat berkuasa dan mampu untuk melakukan kerja-kerja penyuntingan gambar dengan berkesan.
Penggunaan Adobe Photoshop adalah lebih sesuai untuk reka bentuk iklan digital sama ada untuk laman web, blog atau iklan secara online.
Antara kegunaan lain Abobe Photoshop adalah untuk suntingan gambar sama ada untuk membuang latar belakang gambar (Background), membuat touch up pada gambar, memberikan effect yang lebih berkesan pada gambar walaupun pada bahagian yang agak sukar untuk edit seperti contoh pada bahagian rambut dan background yang tidak sekata.

Adobe Illustrator
Adobe Illustrator pula lebih menjurus kepada penyuntingan vector yang mana sering digunakan untuk reka bentuk logo mereka bentuk kad perniagaan dan lebih sesuai digunakan untuk iklan yang bercetak seperti name card, Banner & Bunting, sign board, letterhead dan sebagainya.



Antara logo yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Adobe Illustrator adalah seperti di bawah.
Untuk melihat cara menggunakan Adobe Illustrator untuk membuat logo anda sendiri Klik Link ini.

No comments:

Post a Comment